Itulah amaran keras dari saya kepada semua pengusaha cendawan yang berniat nak beli bag media C&C. Sebelum pergi lebih lanjut, biar saya terangkan serba sedikit sebanyak tentang operasi Kuantan Agro Enterprise yang telah beroperasi semenjak tahun 2005.
Operasi saya tidak melibatkan pembuatan bag-bag media seperti pengusaha lain. Kerana
beberapa faktor. Antaranya ialah kurangnya tenaga kerja. Kosnya tidaklah semahal mana dan masa yang diperlukan untuk mendapat 20k bag media kurang sebulan. Jika dikira 'Economics ofScale'nya ia lebih berbaloi. Oleh itu sejak awal lagi saya memilih untuk membeli bag-bag media yang telah siap dari C&C Mushroom Cultivation Sdn Bhd, Pagoh Johor. Jadi operasi KAE lebih khusus kepada menjaga, mengeluar dan memasarkan cendawan segar. 3M lah kononnya.
Sudah lumrah alam setiap perkara yang dibuat ada baik dan buruknya. Apa-apa punlah. Cuma cara kita mengawal situasinya membezakan baik dan buruknya. Masalah utamanya ialah kadar rosak. Kadang-kadang sikit dan kadang-kadang tak boleh diterima akal langsung.
Peristiwa malang dengan C&C telah capai kemuncaknya akhir tahun lepas apabila, tak pernah dalam sejarah, pengeluaran cendawan berhenti selepas tuai ketiga. Bayangkan tengah sedap mengutip hasil 50kg sehari, masuk tuai keempat cuma 5kg sehari. Panas telinga melayan keluhan dan makian pelanggan. Aku cuma balik modal aje. Takkan tempat nie yang menjadi punca kut. Bila dibuat sikit kaji selidik rupanya pihak C&C telah mengurangkan kandungan bahan-bahan tertentu dalam bag-bag medianya. Oklah, saya terima episode tersebut sebagai dugaan. Belum serik dan sikap saya yang tak mengenal erti kalah, Saya order lagi 14k bag media pada bulan February yang lalu. Tapi......
Kali nie Hama pulak yang dihadiahkan oleh pihak C&C. Tindakan cepat mengasingkan 5600 bag dan dengan persetujuan pihak C&C saya memulangkan bag-bag tersebut. Dahlah kos transport ke tanggung, pihak C&C menyalahkan tempat saya dan mereka hanya pulangkan 4000 bag aje. 1600 bag burn.
Lebih kurang 3 minggu berlalu, yang di pulangkan pun rosak. Benih tak jalan dan sebagainya. Malang sungguh. Akhir sekali selepas di bongkar semua, cuma 1300 bag aje yang tinggal, itu masih dimakan hama. Bayangkan 12700 bag burn gitu aje. Bayangkan.
Di sekitar tempat saya, ada juga beberapa pengusaha lain yang membeli bag dari C&C. Mereka pun mengalami masalah yang sama dan juga projek kerajaan rakyat termiskin yang membeli 24000 bag, habis musnah semuanya. Jadi kesimpulannya, C&C membawa penyakit ke Kuantan.
Yang saya kesalkan ialah, setelah 5 tahun menjadi customer tetap mereka, pihak C&C cuma ambil sikap lepas tangan aje. Malah kita nie yang di salahkan.
Bila di kira-kira dalam RM, kerugian yang saya tanggung mencecah RM28000. Mati aku, hutang bank, kawan-kawan nak kena bayar. Inilah dugaan yang paling besar aku tanggung sejak 5 tahun aku mengusahakan business nie.
That's it. Goodbye C&C. Hope you burn in Hell.........