Sunday, May 30, 2010

Aku dan C&C. Jauhi C&C

Itulah amaran keras dari saya kepada semua pengusaha cendawan yang berniat nak beli bag media C&C. Sebelum pergi lebih lanjut, biar saya terangkan serba sedikit sebanyak tentang operasi Kuantan Agro Enterprise yang telah beroperasi semenjak tahun 2005.

Operasi saya tidak melibatkan pembuatan bag-bag media seperti pengusaha lain. Kerana
beberapa faktor. Antaranya ialah kurangnya tenaga kerja. Kosnya tidaklah semahal mana dan masa yang diperlukan untuk mendapat 20k bag media kurang sebulan. Jika dikira 'Economics ofScale'nya ia lebih berbaloi. Oleh itu sejak awal lagi saya memilih untuk membeli bag-bag media yang telah siap dari C&C Mushroom Cultivation Sdn Bhd, Pagoh Johor. Jadi operasi KAE lebih khusus kepada menjaga, mengeluar dan memasarkan cendawan segar. 3M lah kononnya.

Sudah lumrah alam setiap perkara yang dibuat ada baik dan buruknya. Apa-apa punlah. Cuma cara kita mengawal situasinya membezakan baik dan buruknya. Masalah utamanya ialah kadar rosak. Kadang-kadang sikit dan kadang-kadang tak boleh diterima akal langsung.

Peristiwa malang dengan C&C telah capai kemuncaknya akhir tahun lepas apabila, tak pernah dalam sejarah, pengeluaran cendawan berhenti selepas tuai ketiga. Bayangkan tengah sedap mengutip hasil 50kg sehari, masuk tuai keempat cuma 5kg sehari. Panas telinga melayan keluhan dan makian pelanggan. Aku cuma balik modal aje. Takkan tempat nie yang menjadi punca kut. Bila dibuat sikit kaji selidik rupanya pihak C&C telah mengurangkan kandungan bahan-bahan tertentu dalam bag-bag medianya. Oklah, saya terima episode tersebut sebagai dugaan. Belum serik dan sikap saya yang tak mengenal erti kalah, Saya order lagi 14k bag media pada bulan February yang lalu. Tapi......

Kali nie Hama pulak yang dihadiahkan oleh pihak C&C. Tindakan cepat mengasingkan 5600 bag dan dengan persetujuan pihak C&C saya memulangkan bag-bag tersebut. Dahlah kos transport ke tanggung, pihak C&C menyalahkan tempat saya dan mereka hanya pulangkan 4000 bag aje. 1600 bag burn.

Lebih kurang 3 minggu berlalu, yang di pulangkan pun rosak. Benih tak jalan dan sebagainya. Malang sungguh. Akhir sekali selepas di bongkar semua, cuma 1300 bag aje yang tinggal, itu masih dimakan hama. Bayangkan 12700 bag burn gitu aje. Bayangkan.

Di sekitar tempat saya, ada juga beberapa pengusaha lain yang membeli bag dari C&C. Mereka pun mengalami masalah yang sama dan juga projek kerajaan rakyat termiskin yang membeli 24000 bag, habis musnah semuanya. Jadi kesimpulannya, C&C membawa penyakit ke Kuantan.

Yang saya kesalkan ialah, setelah 5 tahun menjadi customer tetap mereka, pihak C&C cuma ambil sikap lepas tangan aje. Malah kita nie yang di salahkan.

Bila di kira-kira dalam RM, kerugian yang saya tanggung mencecah RM28000. Mati aku, hutang bank, kawan-kawan nak kena bayar. Inilah dugaan yang paling besar aku tanggung sejak 5 tahun aku mengusahakan business nie.

That's it. Goodbye C&C. Hope you burn in Hell.........

6 comments:

Mohd. Faidzal said...

Salam bang, Alhamdulillah akhirnya terbongkar jugak tembelang c&c tu. Datanglah ke Chenor, Maran MFA AGRO. Boleh kita berkongsi info dan ilmu.

Mohd. Faidzal said...

Kalau kelapangan boleh layari www.mfaagro.blogspot.com atau e-mail ijal_mfa@yahoo.com

Mohd. Faidzal said...

Kalau nak saya sebarkan cerita ini di blog saya pun boleh sebab ramai orang kita dah terjebak dan hampir terjebak nak buat purchase dengan diorang ni. Apa pun all d best 2 u dan saya sentiasa doakan yang terbaik buat arish dan keluarga.

Mohd. Faidzal said...

Saya dah sebarkan dalam blog saya. Surf our blog. I just did some favour 4 U. Insya Allah they'll call U.

WAFA SPORA ENTERPRISE said...

Assalamualaikum,

Saya amat terkejut & bersimpati dengan nasib yang menimpa anda. Saya pun sebelum ni membeli bongkah dr pengusaha lain tapi tidaklah dlm kuantiti yang banyak. Sejak pertengahan 2008 saya membeli bongkah dr Desa Spora (Lutfi) & tidak pernah bermasalah hinggalah saya cuba membeli bongkah dr pengusaha lain iaitu Cendawan Timur (harga lebih murah). Bongkahnya cepat rosak dan lembik hanya selepas kutipan ke 3, tiada masalah hama cuma bongkah jadi hitam dan lembik. Nak kata masalah bangsal, ianya tidak berlaku pd bongkah yg dibeli dari Desa Spora. Sekarang saya telah mula buat bongkah sendiri & insyaallah akan dapat tuai hasil dlm bulan puasa. Saya harap anda tidak putus asa & akan terus berusaha. Allah amat benci pd orang yg berputus asa

ayne said...

salam arish highspeed, saya simpati tapi tak terkejut langsung. c&c mmg mcm tu, dh ditegur oleh jbtn ptanian & mardi, tapi itulah cara dia. 1st deal, bkh dia bole tuai 10kali, bila org mula oder byk, siap la, 4kali pun dah byk. the truth is, lain customer lain formula produk dia bagi, tak kira bkh atau benih. yg pasti ok cuma cdwn & krepek dia je. on hama, mmg tgh wabak di johor, & again, bila tanye cnc cara uruskan hama, dia beritau, tapi mmg dgn bkh2 kita mati bersama hama.. tk lama lepas tu kita pun bole mati bisnes..

sy sokg wafa & i knew lutfi as well. & selain tu fatisha pun dah ada di kemaman. maybe u can try them.

so, good luck bro.