Agak lewat juga musim rally tahun nie mula. Untuk tahun keduanya, saya di bersama pasukan Felda Rally Team dengan kereta Gen 2 4WD. Laju jangan cakaplah.
Serba sedikit tentang penglibatan saya dengan sukan rally. Penglibatan saya sudah masuk tahun ke 15 dan semenjak tahun 2005 saya menjadi seorang professional dalam sukan ini. Penglibatan saya sebagai juruarah atau navigator kepada pemandu Saladin Mazlan.
Tugas seorang juruarah adalah menyampaikan descripsi jalan kepada pemandu semasa perlumbaan bagi membolehkan pemandu memandu selaju yang boleh. Kadang-kadang scary jugak sukan nie sebab bayangkan memecut laju celah-celah ladang kelapa sawit. Adakalanya mencecah 120km/h. Memang kerja gila tapi berpandukan minat. Gila pun gilalah.
Pusingan pertama Rally sprint berlangsung pada 15 n 16 hb May yang lalu bersempena Hari belia kebangsaan. PM telah melepaskan para perserta. Grand gila rasanya. manakan tidak. Tulisan Felda sebesar-besarnya tepi kereta.
Agak malang kali nie, Masa tengah mendahului, Setereng shaft patah semasa mengambil selekoh. Bayangkan tengah laju nak corner stereng patah. Nasib baik tak kena pokok dan masuk longkang. Kereta bole baiki, orang nak cari spare part dimana.
Apa-apa pun, Pusingan kedua akan berlangsung di Kemaman, K. Terengganu pada akhir bulan July. Harap boleh menang.
Rally dah selesai, apa lagi balik Kuantanlah ke dunia cendawan pulak......
No comments:
Post a Comment